Alhamdulillah, setelah masuk bulan yang ketiga dalam tahun 2014 ini, kita
masih terus diberi kesempatan untuk menikmati sebuah kehidupan yang
walaupun sesak dan sarat dengan tekanan, namun apabila berada di
landasan memperjuangkan agama Allah, pastinya kita akan berada dalam
ketenangan.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) sudah mula diedarkan kepada seluruh penerima yang layak
menerimanya. Sejak 22 Februari lalu, ramai yang berpusu-pusu ke Mesin
Wang Automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang BR1M.
Ada yang tersenyum
riang kerana dapat bayaran BR1M berjumlah RM650, ada yang pulang dengan
hampa kerana permohonan tidak diluluskan, dan ada juga yang mengeluh
mengapa hanya menerima RM450.
Pelbagai persepsi, pelbagai ragam
dan pelbagai watak, ada yang terlalu gembira (khasnya yang bujang), ada
pula yang umpama tiada perasaan, kerana bagi mereka wang RM650 tidak ber
tahan lama, paling tinggi sehari dua.
Dengan wang tersebut,
mereka hanya boleh membeli belah dua atau tiga kali sahaja, itupun di
pasaraya-pasaraya borong seperti Mydin dan Tesco. Kenaikan harga
barangan menyusutkan nilai wang RM650.
Kenaikan harga barangan, ke san berantai kenaikan harga minyak usai
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nyata mencetak satu kekangan kepada
nilai wang dalam kantung rakyat.
Kemudian, rakyat berdepan pula dengan kenaikan tarif elektrik
yang kini mencecah 15 peratus, yang akhirnya menyumbang kepada
peningkatan kos pengeluaran di kilang-kilang, dan menyebabkan harga
barangan melambung sekaliganda.
Rakyat dikejutkan lagi dengan berita penurunan harga getah dari pada RM4.00 sebelum ini dan kini hanya sekitar RM2.30 sahaja.
Ramai di kalangan penoreh getah adalah penerima BR1M. Namun, apalaha
sangat BR1M berjumlah RM650 jika harga pasaran getah kini turun
mendadak.
Terdapat penoreh yang terpaksa mengikat perut berdepan
de ngan penurunan harga getah ini. Di Kedah sendiri sudah dua kali
himpunan aman digerakkan penoreh bersama PAS membantah penurunan harga
getah dan mendesak kerajaan peduli isu harga getah.
Gerakan
kebangkitan yang sedang berlaku hari ini di Baling dan di Kedah secara
umumnya mengimbau semula kenangan lam pau. Harga getah yang turun
menjunam menyebabkan penoreh getah semakin tertekan.
Mereka terpaksa mencatu segala macam belanja yang sebelum ini telahpun berlaku catuan akibat kenaikan harga barangan.
Apatah lagi malang mereka berganda kini musim panas yang agak
berpanjangan menyebabkan pokok getah tidak mengeluarkan hasil yang
banyak.
Dalam sehari mereka hanya berjaya mendapat hasil antara
RM15 hingga RM20 sahaja, sedang kan keperluan mereka melebihi pendapatan
yang semakin menyusut.
Mereka bimbang, hari demi hari kantung mereka akan terus kering, seumpama keringnya tanah- tanah kebun getah mereka.
Kelaparan mula menjengah perut mereka. Datangnya BR1M tidak membawa perubahan langsung ke pada pendapatan mereka.
Apatah lagi mereka sedar bantuan itu adalah hasil dari poketpoket
rakyat dengan kutipan cukai, peningkatan harga barang an dan keperluan
serta perkhidmatan.
Mereka sudah bijak menilai, apatah lagi
terdapat anak-anak mereka yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi
mencambahkan benih kesedaran kepada mereka.
Lapar perut mereka
tidak boleh ditahan seperti 10 tahun lalu ketika harga getah merudum
hingga RM2.50 sen sekilogram. Lapar perut mereka kini lebih berat
berbanding 10 tahun lalu akibat kenaikan harga barangan.
Justeru, mereka mula bangkit, bangkit untuk menyedarkan kerajaan agar peduli nasib mereka.
Kebangkitan golongan penoreh ini mengingatkan kita akan kebangkitan
rakyat Baling suatu masa lalu yang memacu kebangkitan gerakan mahasiswa.
Ketika itu, anak muda khususnya mahasiswa melestarikan bi dikan
semangat perjuangan de ngan menggerakkan bantahan awam akhirnya
menjengah ke ibukota kuala Lumpur.
Ribuan anak muda kampus uni versiti yang berhimpun di Padang Kelab Selangor sekitar tahun 1975.
Himpunan mahasiswa seterusnya membawa tangkapan besar besaran pimpinan
mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan kemudiannya
berlakulah pertempuran ideologi mahasiswa membantah kerajaan.
Peristiwa ini membawa kepada pindaan Akta Universiti Dan Kolej
Universiti (Auku) pada tahun 1975, seterusnya mengheret zaman gelap
gerakan mahasiswa berdekad-dekad selepas itu.
Baling juga menjadi
titik tumpuan negara apabila berlakunya peristiwa berdarah Memali pada
19 November 1985, di mana seramai 14 orang penyokong PAS telah terkorban
dalam tragedi pertembungan akibat salah arahan rejim BN.
Baling
juga boleh menjadi suatu sejarah moden andai kelaparan yang sedang
dihadapi masyarakat penoreh getah hari ini mencapai tahap membangkitkan
mereka yang dahulunya tidur kekenyangan, tetapi kini bangkit
kelaparan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment