JERAI: Sifat lemah-lembut dan senang didekati anak muda
menjadi kelebihan buat calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N20
Sungai Limau. Menurut Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama
Ulama (Panglima), Sulaiman Ibrahim, anak muda menyokong penuh pilihan
PAS itu dan amat menyenangi sifat positif yang dimiliki Azam.
"Pendekatan Ustaz Azam dengan anak muda amat lembut. Pendekatan yang dibawa manis dipandang dan mudah didekati.
"Saya
perhatikan, anak muda senang sesuaikan diri dengan beliau dan ini
kelebihan yang beliau miliki yang melayakkan beliau menjadi calon," kata
beliau ketika ditemui Harakahdaily di Markaz Induk PAS PRK Sungai
Limau, dekat sini hari ini.
Tambah Sulaiman yang juga bekas
peserta Raja Lawak itu lagi, Azam sudah dikenali sewaktu era Allahyarham
Tan Sri Azizan Razak lagi.
"Ustaz Azam seorang yang bekerja kuat dan semasa Allahyarham Ustaz Azizan sakit dia banyak gerakkan tenaga untuk bantu kawasan.
"Beliau
juga tidak mempunyai musuh dalam kalangan ahli Umno dan tidak timbul
ketidakpuasan hati di kalangan orang Umno," katanya.
Azam, 37, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau
yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah anak didik politik kepada
bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Razak pada suatu
ketika dulu.
Sementara itu, Sulaiman (gambar, kiri) berkata, Panglima sedang bertungkus-lumus membantu pemuda merancang dan mengadakan program khusus untuk anak muda.
"Strategi kami nak jaga orang muda dan mahu kekalkan PAS di Sungai Limau.
"Oleh
itu, Panglima memang berkampung sepenuhnya di sini bagi merancang
program yang sesuai dan boleh menarik anak muda," katanya.
Tambah beliau, antara program yang akan diadakan ialah Debat Komidi Politik yang akan membincangkan isu serius secara komedi.
Selain
itu katanya, semalam pemuda mengadakan program tukar minyak hitam
motosikal secara percuma yang mendapat sambutan lebih 50 anak muda di
Sungai Limau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment