JERAI: Artis hijrah, Wan Aishah Wan Ariffin
mengingatkan jentera parti agar tidak berasa selesa .
Kata
beliau, jentera parti disemua peringkat perlu mengenal pasti pengundi
PAS pada PRU13 lalu dan memujuk mereka agar terus memberikan sokongan
kepada PAS disamping memujuk orang Umno untuk berubah.
"Kita jangan alpa, sekarang ini kita 'under attack', kena tingkatkan usaha lebih lagi," jelasnya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup program mesra
rakyat yang diadakan di Markas Induk Unit Peti Undi (UPU) Simpang Tiga,
Sungai Limau dekat sini hari ini.
Aishah yang terkenal dengan
lagu Janji Manismu berkata, rakyat perlu dijelaskan berkaitan isu-isu
semasa terutama tentang kenaikan kos kehidupan seharian seperti harga
minyak dan sebagainya.
Kata beliau, masih ada lagi masyarakat
yang masih mempercayai kata-kata manis serta alasan BN hingga
menyebabkan mereka tidak berasa marah walaupun dihimpit dengan pelbagai
kesusahan terutama sebaik sahaja PRU13 lalu.
"Sebelum PRU13,
Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) janji tidak akan naikkan
harga minyak, tetapi janji manismu Najib hanya tinggal janji.
"Rakyat
Sungai Limau perlu menilai semua ini dan jangan beri mereka 'tiket'
untuk terus bermaharaja lela dengan mengundi BN," jelasnya lagi.
Aishah turut mempersoalkan apakah yang sudah dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sepanjang 5 bulan ini.
Beliau
mengakui tidak nampak apa yang dilakukan oleh Mukhriz sebaliknya
menggugat dan mencipta masalah seperti isu Kolej Universiti Insaniah
(Kuin) hingga menyebabkan kakitangannya dizalimi.
Beliau turut
menasihati pengundi agar memujuk dan mengajak anak-anak dan ahli
keluarga yang boleh mengundi untuk pulang mengundi.
Katanya,
usaha ini penting bagi memastikan kemenangan PAS dikekalkan dan kerja
buat Almarhum Tan Sri Azizan Razak dapat diteruskan
Menurutnya, semua jentera jangan mengambil mudah pilihan raya kecil (PRK) ini dengan bersandarkan keputusan PRU13 lalu.
sebaliknya
berusaha bermati-matian untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun
Sungai Limau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment