Oleh Zulkifli Yahya
JERAI:
Kerajaan BN Kedah hanya melakukan gimik politik apabila seringkali
menyebut bahawa
semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji dalam
Makmal Tranformasi sebelum diputuskan baik untuk dilaksanakan.
“Nampaknya
sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji dan
mengkaji sedangkan tiada output bermanfaat yang boleh dari makmal
tersebut setakat ini.
“Persoalan yang lebih asas
daripada itu ialah benarkah wujud apa yang dikatakan ‘Makmal
Tranformasi’ ini? Siapa panel penyelidiknya?” soal Ketua Pembangkang
Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dalam sidang media yang diadakan
di Markas Induk PAS, PRK Sungai Limau, dekat sini.
Dalam
beberapa kes, ujarnya kerajaan BN negeri telah menangguhkan beberapa
projek kononnya kerana mahu melakukan kajian tetapi nampaknya
projek-projek tersebut seolah-olah dipetisejukkan atau mungkin
dibatalkan terus.
Contohnya Ladang Agroteknologi di Charok
Genting Bunga, Ladang Rakyat Gunong Inas, Zon Industri Petroleum Yan
(ZIPY) dan sebagainya.
Secara khususnya pada sidang media
tersebut, Amiruddin turut memfokuskan dua lagi projek yang gagal
diteruskan kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
Antaranya,
kegagalan meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba
Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama
pembinaan.
“Kerajaan negeri juga gagal meneruskan skim bantuan
untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500
untuk setiap kematian yang diperkenalkan kerajaan lalu.
“Skim
kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu
membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima. Kalau kerajaan
terdahulu mampu, mengapa kerajaan BN tak mampu?” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment