News Update :

Ingat jasa Allahyarham Ustaz Azizan

Monday 21 October 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat komited untuk bekerja keras bagi mempertahankan habis-habisan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.
Kerusi itu harus kekal milik PAS selepas prestasi baik penyandang Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Azizan Abdul Razak selama 18 tahun di sana.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, walaupun menyedari cabaran untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau sangat hebat.
Namun katanya, demi memberikan penghormatan kepada Allahyarham yang selama ini telah mencurahkan keringatnya untuk berkhidmat di kawasan itu menjadi iltizam pemuda untuk dipertahankan.
“Bagi kami pengorbanan Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Azizan selama ini sebagai rangsangan buat seluruh pemuda dan anak muda untuk mempertahankan Dun Sungai Limau.
Katanya lagi, sudah tentu jasa Allahyarham Azizan ketika menjadi Menteri Besar Negeri Kedah cukup besar khasnya di Dun Sungai Limau.
Beliau menjelaskan, atas semangat yang telah ditunjukkan oleh Allahyarham telah menjadikan bekalan kepada DPPM untuk terus mempertahankan Dun Sungai Limau kelak.
Kata Dr Raja Iskandar, Pemuda PAS sekali lagi mengharapkan penduduk Dun Sungai Limau akan terus memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat sebagai penghormatan buat Allahyarham Ustaz Azizan yang telah dicurahkan selama ini.
“Penghormatan khas kepada Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Azizan pada PRK ini nanti akan mengukuhkan dan memberikan pengertian sebenar khas buat penduduk Dun Sungai Limau dan cerminan buat rakyat negeri Kedah atas kehilangan tokoh besar ini,” jelasnya lagi.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.