News Update :

BN pilih Ahmad Sohaimi

Monday 21 October 2013

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon yang akan diketengahkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November depan.


Cakap-cakap yang menyebut nama Ahmad Sohaimi sudahpun berlegar sejak awal hari ini, sebelum Muhyiddin membuat pengumuman tersebut pada jam azlan6.15 petang ini di Gurun, Kedah.

Sumber-sumber BN memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan mengumumkan nama seorang bekas guru, Azam Samad sebagai calon parti itu.

Menurut sumber PAS, Abdul Hadi dijangka mengumumkan nama Ketua Pemuda PAS Jerai itu dalam satu majlis di Markas Penerangan Sungai Limau pada jam 9 malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.