News Update :

Ibu restu perjuangan Azam

Wednesday 23 October 2013

BUKIT BESAR - Ibu kepada calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, gembira anaknya terpilih untuk meneruskan legasi yang dibawa  bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.Mariani Hamid, 55, berkata, beliau mahu warga Dun Sungai Limau menilai dan memberi sokongan padu kepada Mohd Azam Abdul Samat dalam usaha meneruskan perjuangan Islam di kawasan itu.


“Dia (Mohd Azam) adalah seorang yang lemah lembut, baik tutur kata dan seorang yang bertanggungjawab. Soal kebajikan adik-adik dan keluarga juga tidak pernah dilupakannya.

“Mak cik sokong keputusan dia untuk meneruskan perjuangan itu dan semoga rakyat dapat bagi sokongan untuk dia,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Azam ketika ditemui selepas menziarahi ibunya berkata, beliau terima keputusan parti untuk mencalonkannya mewakili Pas dan akan berusaha untuk memastikan perjuangan Islam diteruskan.

“Ini adalah amanah yang berat untuk saya pikul kerana satu tanggungjawab yang ditinggalkan oleh seorang tokoh hebat.

“Saya akan bekerja dengan lebih efektif dan memastikan kesinambungan perjuangan Islam itu akan diteruskan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa Pas sejak dahulu sentiasa berkempen dalam suasana damai dan tidak menimbulkan provokasi.

“Kita akan pastikan suasana kempen ini berlangsung dengan harmoni. Kita juga berharap dengan kempen ini tidak berlaku sebarang permusuhan walaupun berbeza fahaman politik,” katanya.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.