News Update :

Mahu bela nasib petani, nelayan Sungai Limau

Wednesday 23 October 2013

ALOR SETAR - Nasib petani dan nelayan di Dun Sungai Limau menjadi perhatian calon Pas pada

Beliau berkata, meskipun pembangunan dibuat parti kerajaan memerintah, namun beliau akan berusaha membantu.

“Kalau saya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan berusaha menyampaikan hasrat petani, nelayan dan ibu bapa yang mungkin berada dalam kesempitan.


“Tugas itu akan saya laksanakan sebaik mungkin supaya masyarakat bawahan dapat dibantu dan menerima pembelaan sewajarnya selepas berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan negeri pada PRU13 lalu,” katanya pada sidang media selepas menziarahi kediaman keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah, di sini, semalam.

Mohd Azam berkata, beliau turut berharap penyokong Pas dan BN akan memastikan politik damai yang dibawa Allahyarham Azizan dapat dikekalkan.

“Sebab masyarakat di Dun Sungai Limau adalah masyarakat yang ada hubungan persaudaraan. Walaupun berbeza fahaman politik, tetapi kita tetap bersaudara.

“Saya harap hubungan kekeluargaan ini diteruskan dengan baik dan tidak berlaku kempen terlampau sehingga mengakibatkan hubungan  itu retak,” katanya.

Menurutnya, Faekah berpesan  supaya beliau meneruskan agenda yang dibawa oleh suaminya sebelum ini. "Insya-ALLAH, semoga seluruh pengundi akan sokong Pas sama seperti sokongan yang diberi kepada Azizan untuk lima penggal berturut-turut,” katanya.
PRK Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.