JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil
(PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz
Katanya kepada Azam merupakan
seorang anak muda yang cukup dikenali penduduk setempat apatah lagi
beliau adalah anak kepada seorang tokoh agama yang disegani di Sungai
Limau.
Omar melihat keputusan meletakkan Ketua
Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat sebagai calon bukan satu
kesulitan kepada parti, malah ia merupakan pilihan terbaik yang dibuat
oleh kepimpinan PAS.
"Bagi PAS pemilihan Azam sebagai calon bukan satu
kesulitan tetapi merupakan pilihan terbaik dari PAS bagi menghadapi
calon Barisan Nasional.
"Beliau merupakan seorang anak muda yang
cukup dikenali serta disenangi penduduk setempat dan anak kepada tokoh
agama setempat," jelasnya.
Katanya lagi, setelah Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Azam sebagai calon PAS
pada PRK kali ini, pihaknya telah mendapat maklum balas positif dari
penduduk setempat.
"Sebelum kita umum penduduk setempat telah tanya dan lapan puluh peratus telah mengatakan Azam akan dipilih sebagai calon.
"Apabila
Presiden PAS mengumumkannya, hari ini kita telah mendapat maklum balas
yang positif dan cukup baik dengan calon tersebut.
"Saya pasti
Azam adalah calon yang dinantikan oleh penduduk Dun Sungai Limau bagi
menggantikan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak yang telah
meninggalkan kita," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.
Jelasnya,
seramai lapan orang calon telah dikemukakan oleh PAS peringkat kawasan
dan negeri dan semua merupakan individu yang layak serta berwibawa.
"Azam
diterima oleh segenap lapisan kepimpinan PAS sama ada peringkat pusat
mahu pun negeri. Apa yang penting rakyat lebih selesa dengan beliau.
"Saya
melihat beliau mempunyai kebolehan untuk berucap, malah kebolehan
beliau dalam bidang pendidikan turut mendapat pengiktirafan dari
Kementerian Pelajaran Malaysia.
"Jadi kepada pengundi di Dun
Sungai Limau bukan satu kerugian kepada mereka yang terus memilih Azam
pada 4 November nanti," tambah beliau.
Dalam pada itu beliau juga
turut memberitahu PAS telah membuat satu transformasi dalam politik
baru apabila membawa suara anak muda dalam turut sama merubah lanskap
politik di Kedah.
Katanya lagi, PAS juga turut membuktikan satu
pelaksanaan baru dalam konteks kepimpinan politik masyarakat setempat
apabila tokoh muda dijadikan satu momentum kepada generasi akan datang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment