KOTA
SARANG SEMUT: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar menggesa
Muslimat PAS terus berperanan bagi mempertahankan kerusi Dun Sungai
Limau pada Pilih an Raya Kecil (PRK) pada 4 November ini.
Berucap merasmikan Muk tamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-44 baru-baru ini, beliau berkata, tanggungjawab yang besar diletakkan di bahu Muslimat untuk memastikan pengundi terus menyokong PAS-Pakatan Rakyat dan mempertahankan kemenangan Dun tersebut daripada jatuh ke tangan BN.
“Saya mengharapkan ke sungguhan Muslimat sebagai jentera pilihan raya dapat digerakkan sebaiknya untuk menghadapi satu peperangan yang membawa makna yang besar khususnya kepada PAS Kedah.
“Selama lima penggal berturut-turut bermula 1995, Dun Sungai Limau di menangi PAS melalui Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak, tapi kita jangan lupa, sebelum 1995, kemenangan di Dun ini silih berganti antara PAS dan BN.
“BN akan menggunakan apa saja untuk mendapatkan kerusi ini.
Kalau mere ka menang, mereka akan te rus menggasak PAS tapi sekiranya kita menang, kemenangan itu akan menjadi momentum kepada semangat untuk mengambil kembali Kedah pada pilihan raya umum ke-14 nanti,” tegasnya pada majlis yang berlangsung di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah.
Namun begitu kata Mahfuz, untuk menjamin kemenangan, ukhuwah se sama ahli perlu terus dipertingkatkan kerana berdasarkan pengalaman lalu, pelbagai masalah dalaman timbul hanya kerana per bezaan pendapat yang dibesarkan. “Apa yang penting semangat terus memperjuangkan Islam mestilah di tingkatkan. Jangan kita me noleh ke belakang tetapi terus ke hadapan untuk mengorak langkah kepada perjuangan yang perjalanannya masih panjang.
“Kekalahan Kedah pada pilihan raya yang lalu jadikan satu semangat untuk kita terus bekerja menaikkan semula PAS di persada politik tanahair.
“Saya faham, kita semua dalam keadaan bersedih.
Mulanya dengan kekalahan pilihan raya. Diikuti dengan Pesuruhjaya kita jatuh sakit dan kini beliau pergi menemui Allah meninggalkan kita. Tetapi jangan jadikan kesedihan itu merosakkan semangat kita untuk terus menyusun strategi mempastikan kita ambil semula Kedah nanti.
“Sebaliknya kita perlu menghayati perjuangan yang dilalui olehUstaz Azizan, menerajui PAS Kedah selama 13 tahun, menyambung tugas-tugas yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu dan beliau membina kekuatan sehingga pada tahun 2008, kita berjaya memerintah Kedah.
Se mangat ini kita perlu ambil dan tanam di sanubari kita,” tegas Mahfuz lagi


0 comments:
Post a Comment