News Update :

Jentera PAS bersemangat pertahan Dun Sungai Limau

Saturday, 19 October 2013

Oleh Sarina Ismail
ALOR SETAR: PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS.

"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti.

"Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri, hari ini.

Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci.

Beliau yang diamanahkan sebagai Pengarah Induk piliharaya kecil itu menjelaskan, jawatankuasa induk telah dibentuk dan sepakat melantik Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Pengarah Operasi, dibantu oleh Datuk Yusuf Husin, Ustaz Ahmad Yahaya sebagai timbalan pengarah 1, Datuk Ashah Ghazali timbalan pengarah 2 dan Azizan Talib (pemangku YDP Jerai) sebagai timbalan pengarah 3. Sementara itu Ustaz Muaz Osman diberi amanah sebagai pengarah piliharan raya kecil berkenaan.

Di samping itu, jelasnya mesyuarat bersama Pakatan Rakyat telah diadakan pada minggu lepas dan satu jawatankuasa operasi penyelaras telah dibentuk.

"Ekoran itu, kita telah mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya di peringkat kawasan dan UPU dan kita dapati mood petugas sangat bersemangat, bersatu hati memikul amanah untuk mempertahankan Dun Sungai Limau.

"Bukan itu sahaja, diperingkat muslimat sendiri, lebih dari 1,000 petugas jentera muslimat hadir dalam Ijtimak Pilihanraya, berikrar akan bekerja bersungguh-sungguh memandangkan pengundi wanita di dun itu menjangkau 52 peratus melebihi pengundi lelaki,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

PRK Dun Subgai Limau diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.