News Update :

Ustaz Azam Samad Calon PAS PRK N20 Sungai Limau

Monday 21 October 2013

Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad telah diumumkan oleh Presiden PAS sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang akan berlangsung 4 November ini.Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.Beliau cukup dikenali semasa era Allahyarham Azizan di Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala suatu ketika dulu yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Azam merupakan  calon yang sesuai kerana mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain tidak mempunyai musuh dalaman serta mampu memerangkap agenda BN.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

“Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

“Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat,”

Tambahnya, ibunya yang dikenali sebagai Ustazah Maryani juga adalah merupakan Aktivis Muslimat Pas Kawasan Jerai. Sementara bapanya juga amat aktif dalam parti sebelum meninggal dunia pada tahun 2003.

Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.