News Update :

PAS giat perkukuh jentera UPU

Monday, 21 October 2013

Oleh ARIF ATAN
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 4 November depan, PAS sudah memperkukuh jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) Pengarah Pilihan Raya Dun Sungai Limau, Dato’ Amiruddin Hamzah berkata, pertemuan antara para petugas yang datang dari seluruh negara de ngan PAS Kawasan melancarkan gerak kerja.

“Kita telah pertemukan mereka dengan kawasankawasan PAS dalam negeri Kedah yang sudah semestinya membantu dan akan turun di peringkat Unit Peti Undi (UPU).
“Gerak kerja berpusat di UPU. Contohnya PAS Kelantan bertugas untuk menjaga UPU Dulang Kechil dan Dulang Besar. PAS Kawasan yang sedia membantu ialah Kuala Kedah, “ katanya
Menurut beliau, segala aktiviti meraih kempen seperti program ziarah, ceramah kelompok atau apa sahaja semua berpusat di UPU.
“Tentang penempatan bagi Dewandewan pula ada kita sediakan markas masing-masing. Mereka juga turut membantu di semua UPU berkaitan program yang memerlukan tenaga mereka.
“Contohnya, program berorientasikan wanita, Markas Dewan Muslimat akan turun membantu UPU terlibat. Begitu juga program berkaitan Pemuda dan Ulama,” ujarnya lagi.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.