Oleh
Pilihanraya
Kecil Dun Sungai Limau tetap akan diadakan mengikut peruntukan
perlembagaan. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon
dan
hari mengundi. Para pemilih berdaftar yang namanya tersenarai dalam
daftar pemilih, sekalipun mereka orang Myanmar yang diberi kerakyatan
layak untuk mengundi memilih Adun Sungai Limau yang baru menggantikan
Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang meninggal 26 September lalu.
Pada
PRU13, Ustaz Azizan mengalahkan sepupunya dari BN, Mohd Fadhilah Mohd
Ali dengan majoriti 2,774 undi. Dalam ranking keputusan pilihanraya
yang disertai calon PAS di Kedah, Sungai Limau berada di kedudukan kedua
selepas Tokai. Jika pada PRU13 lalu PAS kalah di Sungai Limau, maka di
atas kertas PAS juga tidak berupaya menghantar tujuh lagi wakilnya ke
Dun. Ustaz Azizan dan PAS telah mempertahankan Sungai Limau selama lima
penggal berturut-turut. Sewaktu PAS Kedah mencapai keputusan tercorot,
Sungai Limau (dahulunya Sala) dan Tokai (dahulunya Bukit Raya) masih
mampu dipertahankan oleh Ustaz Azizan dan Almarhum Dato' Fadzil Noor.
Ini
bermakna secara realistik, BN masih sukar untuk merampas kerusi Sungai
Limau dalam PRK kali ini kerana ia masih kubu kuat PAS. Walaupun BN
memiliki kelebihan logistik 'peperangan' dan akan menggunakan segala
cara untuk menewaskan PAS tetapi mereka bukan berlawan dengan tunggul
kayu mati yang tidak bertindakbalas apa-apa. PAS Kedah masih memiliki
ahli paling ramai di Malaysia dan jentera pilihanraya yang cukup
terlatih untuk berlawan dengan BN. Insya Allah tiada masalah untuk
mengekalkan kemenangan di kawasan PAS sudah memiliki kekuatan asas.
Di
pihak BN, mengurangkan majoriti PAS adalah satu kejayaan manakala
merampas kerusi tersebut adalah 'bonus' yang sangat berharga. Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad menjangkakan
pertandingan merebut kerusi DUN Sungai Limau akan berlaku dalam suasana
sengit dan luarbiasa memandangkan keputusannya nanti akan menjadi
'testimoni' kepada Dato' Mukhriz Mahathir yang pertama kali menghadapi
Pilihanraya Kecil sebagai Menteri Besar.
Memang
betul, ini ujian yang sebenar bagi anak bekas Perdana Menteri yang
dikatakan 'menaiki takhta' kerana menumpang tuah bapanya. Jika beliau
menang Naib Presiden Umno pun tiada apa yang boleh dibanggakan kerana
memang bapanya dianggap seorang pemimpin agung oleh ahli-ahli Umno yang
rata-ratanya sangat taksub dengan Tun Mahathir. Tetapi kalau Mukhriz
menang PRK Sungai Limau, maka barulah terserlah kehebatannya kerana
berjaya memenangi hati rakyat biasa dari pelbagai kelompok.
Bagi
pihak BN Pusat, mereka cuba membuktikan bahawa penolakan rakyat Kedah
terhadap Pakatan tidak berakhir setakat 5 Mei 2013 sahaja. Bahkan ia
berlarutan dan kedudukan BN kelihatan lebih utuh berbanding sebelumnya.
Ia sebagai modal untuk dijaja sehingga PRU14.
Maka
seperti biasa pertarungan yang bakal berlaku bukan antara PAS dan BN,
tetapi pertarungan antara PAS Kedah dengan Kerajaan Pusat. Semua
kementerian Persekutuan akan turun berkampung di Sungai Limau. Program
kementerian yang sudah dijadualkan berlaku di serata pelusuk negara,
semuanya akan dialihkan ke Sungai Limau. Menteri-menteri akan turun
merasmikan program tersebut sambil menuturkan ucapan stereotype
"Sebenarnya program Kementerian ini sudah lama dirancang untuk diadakan
di Sungai limau, tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil cuma
kebetulan saja berlaku kematian wakil rakyat." Segelintir rakyat yang
kurang pengetahuan akan mengangguk-angguk macam pokka mempercayai cakap
menteri itu.
Hamburan
habuan duniawi untuk penduduk Sungai Limau oleh kerajaan Pusat yang
berkempen untuk BN akan dibuat dengan begitu menjolok mata. Segala jenis
skim bantuan, wang tunai, peralatan kerja harian, bekalan makanan
harian, bahkan bekalan beras untuk beberapa bulan diagihkan dengan
lumayan. Segala masalah penduduk akan didengar, segala infrastuktur yang
tidak sempurna akan disempurnakan segera. Pengundi benar-benar menjadi
anak emas.
Jika
Pakatan ketika itu memainkan isu kenaikan harga minyak, kenaikan harga
barang dan bebanan kos sara hidup ia sudah tidak berkesan bagi
kebanyakan pengundi Sungai Limau kerana mereka untuk seketika berada di
alam lain - maksudnya alam orang senang, mewah dan kaya raya.
Inilah
masalah yang dihadapi oleh pembangkang kepada parti yang memerintah
Pusat, setiap kali berlaku PRK. Pembangkang menjaja isu tetapi BN
membeli jiwa dan raga menggunakan wang. Tiada siapa dapat membetulkan
kepincangan ini. Sejak sekian lama perjalanan pilihanraya di Malaysia
tidak pernah adil.
PRK
terakhir yang berlaku di Kedah adalah DUN Bukit Selambau pada April
2009 ketika kerajaan negeri di bawah Pakatan. Pakatan turun dengan
kekuatan jentera parti, langsung tidak menyalahguna jentera kerajaan.
Terdapat pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang bertugas di bilik
gerakan BN, Menteri Besar tidak peduli. Prinsipnya, sesiapa saja bebas
untuk menyertai mana-mana parti politik asalkan di luar waktu bekerja
atau jika tidak mengganggu kerja asas sebagai kakitangan kerajaan.
Lagi
keanehan yang berlaku ketika itu ialah, BN sebagai pembangkang
menggunakan beberapa balairaya milik kerajaan negeri sebagai bilik
gerakan sedangkan Pakatan menggunakan premis sendiri.
Beranikah untuk PRK
Sungai Limau kali ini Mukhriz yang mengetuai kerajaan negeri turun
dengan jentera parti semata-mata dan tidak menyalahgunakan jentera
kerajaan negeri seperti yang dibuat oleh Ustaz Azizan dahulu? Slogan
Mukhriz ketika merebut jawatan dalam Umno ialah 'berani berubah'. Di
luar Umno nampaknya dia tidak pula berani mengubah kebiasaan BN dalam
menodai demokrasi.http://notautara.blogspot.com



0 comments:
Post a Comment