“Dia (Mohd Azam) adalah seorang yang lemah lembut, baik tutur kata dan seorang yang bertanggungjawab. Soal kebajikan adik-adik dan keluarga juga tidak pernah dilupakannya.
“Mak cik sokong keputusan dia untuk meneruskan perjuangan itu dan semoga rakyat dapat bagi sokongan untuk dia,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, di sini, semalam.
Sementara itu, Mohd Azam ketika ditemui selepas menziarahi ibunya berkata, beliau terima keputusan parti untuk mencalonkannya mewakili Pas dan akan berusaha untuk memastikan perjuangan Islam diteruskan.
“Ini adalah amanah yang berat untuk saya pikul kerana satu tanggungjawab yang ditinggalkan oleh seorang tokoh hebat.
“Saya akan bekerja dengan lebih efektif dan memastikan kesinambungan perjuangan Islam itu akan diteruskan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa Pas sejak dahulu sentiasa berkempen dalam suasana damai dan tidak menimbulkan provokasi.
“Kita akan pastikan suasana kempen ini berlangsung dengan harmoni. Kita juga berharap dengan kempen ini tidak berlaku sebarang permusuhan walaupun berbeza fahaman politik,” katanya.



0 comments:
Post a Comment