News Update :

Faktor Jamil Khir tidak bantu Umno di Sg Limau

Sunday, 20 October 2013

DUN seperti yang diketahui umum merupakan kubu kuat PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah menang lima kali berturut-turut sejak pilihan raya umum tahun 1996. Dua kawasan mengundi yang paling ramai penyokong PAS ialah Bukit Besar dan Bukit Choras di mana Azizan menang lebih 1, 800 undi pada PRU 13 lalu.
DUN Sungai Limau mempunyai 19 kawasan mengundi, PAS menang 13 pada PRU 5 Mei lalu.
Meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berasal dari kawasan Sungai Limau tetapi pengaruhnya tidak sebesar mana.

“Orang sini (Sungai Limau) kurang terima dia…dia orang askar masuk politik, orang mahu orang politik 100%,  bukan orang askar.
“Azizan orang politik, dia datang rumah orang kampung, ini yang orang suka.
“Peti Undi Sedaka iaitu kawasan Jamil Khir pun Umno kalah, apa lagi tempat lain,” kata seorang penduduk Sungai Limau yang enggan namanya disiarkan.
Sokongan bekas orang kuat PAS
Beliau menambah, sejarah Umno di Sungai Limau menunjukkan calonnya tidak pernah menang  jika meletakan kakitangan kerajaan bertanding di situ.
Menurutnya, faktor sokongan bekas orang kuat PAS kepada Umno tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi kepada PAS.
Beliau merujuk kepada anak bekas Ketua Ulama PAS Kedah, Yahya Othman iaitu Najib Fahmi kepada Umno seperti yang ditunjukkan sebelum ini.
“Pengundi tidak percaya lagi kepada Najib Fahmi, bukan saja orang PAS tetapi orang Umno pun tolak dia.
“Dia tidak ada pengaruh…” katanya lagi.

Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.