News Update :

Pemimpin BN digesa ubah cara hidup

Tuesday 22 October 2013

JERAI: Sikap pemimpin negara yang terus boros dalam berbelanja perlu diubah lebih-lebih lagi ketika rakyat dihimpit kesusahan ekoran peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Berucap di hadapan lebih 1,000 petugas pilihan raya Muslimat PAS Kedah di Markas Besar PAS Jerai, beliau kesal kerana pemimpin kerajaan BN tidak peka dengan kesusahan dialami orang kampung, petani, nelayan dan buruh kasar akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kerajaan BN yang memerintah sekarang ini menggunakan sewenangwenangnya wang rakyat, walhal rakyat hidup dalam keadaan terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.
“Bayangkan Perdana Menteri membelanjakan RM2.8 juta untuk majlis sambutan hari raya. Kediaman rasmi Seri Perdana yang didiaminya sekarang disewa pada kos RM18,000 sehari atau RM6.4 juta setahun. “Semua itu duit rakyat, duit kita semua termasuk duit muslimat. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang yang tinggi.
Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan yang dibazirkan oleh mereka,” ujarnya kesal.
Menurut Zailah, pembaziran dan penyelewengan dalam pentadbiran BN terlalu ketara sehingga mendapat teguran keras Ketua Audit Negara setiap tahun.
Sehubungan itu, beliau mahu isu ini dibangkitkan jentera muslimat dalam kempen PRK Dun Sungai Limau bagi memberi kesedaran kepada rakyat.
Siti Zailah juga mahu jentera pilihan raya muslimat memanfaatkan kebolehan dan kemampuan yang ada bagi mempertahankan kemenangan PAS di Dun Sungai Limau.
“Perlu diingatkan dalam pilihan raya kecil, kita bukan berhadapan dengan jentera kerajaan negeri tetapi jentera Kerajaan Malaysia.
Sudah tentulah akan berlaku pelbagai perkara yang tak dapat kita jangkakan.
“Setelah berusaha, munajat dan solat hajat tidak boleh kita abaikan. Muslimat perlu tubuh kumpulan untuk mengendalikan program munajat sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil ini berjalan sehinggalah hari membuang undi,” kata beliau.
Zailah juga berharap pengundi-pengundi luar kawasan pulang membuang undi walaupun hari pengundian jatuh pada hari bekerja.
Ijtimak Pilihan Raya Muslimat PAS Kedah dilancarkan sempena PRK Dun Sungai Limau dan dihadiri oleh muslimat kawasan seluruh Kedah dan Unit Peti Undi (UPU) Dun Sungai Limau.
Dalam majlis itu juga diadakan penyerahan petugas membabitkan ‘kawasan bantu’ dan 19 UPU yang terlibat.
Selain ucapan motivasi dari Ketua Muslimat PAS Pusat, hadirin turut mendapat suntikan semangat dan taklimat dari Pesuruhjaya PAS Kedah, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Setiausaha dan ketua Urusan Pemilih Jabatan Pilih an raya PAS Negeri (JPN) Kedah.
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright AR - RISALAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.